Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan datang lagi

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau lagukan ..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridhwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridhwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

"Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"

Tuesday, 9 July 2013

Rania dah besar rupanya... Happy 3rd Birthday, daughter..

Wah statement.. Macam xsedar2 yang dah 3 tahu budak tu sbnrnya.. Awal2 lagi aku dah bagitau Rania yang birthday dia tahun ni xmo buat kat umah.. Mummy xlarat nak handle everything.. So dah inform kita buat birthday kat luar je. Tanye dia nak theme apa, Jungle or Mickey & as well as expected dia pilih theme jungle.. For this time being, we celebrated her birthday at KFC, Setiawangsa..It's avery well organized by them & is was really well handle.. Thanks to the team.

So kita layan gambar je ye.. Dah nak puasa ni mood agak lemau nak bercerita so tengok2 gambar bagi mood ceria




















Thursday, 13 June 2013

Saya nak kurus!!!!!

Wah, tengok title cam ye ye je kan.. Siap macam tag line gitu... Tapi nak tak nak, suka tak suka memang kena berusaha ke arah itu...

Semenjak keje kat shopping complex ni, banyak plak tempat-tempat makan yang meruntun jiwa, menduga selera so badan pun naikla mencanak2.. Satu hari tuh, ntah macam mane tergerakla oh wahai hati nak menimbang & hasilnya... Oh noooooooooooooo.. I need to reduce my weight.. By hook or by crook!


Antara-antara sebab nak kurus, bukan kurus sebenarnya but starting to lose my weight & going to be ideal weight for my height

1) Berat badan saya dah obesity!! bila kira-kira BMI dah overweight.. Oh noooo.. Even sebelum ni pun memang overweight tapi ni memang dah tahap menngancam jiwa... 

2) Tension bila nak keluar pergi dating or jalan-jalan, nak pakai baju apa. Bila test baju tu tengok depan cermin, eh nampak pulak perut berlipat-lipat, bila test baju ni nampak mcm gemuk pulak!, Akhirnya sume pilih yang tang cover perut, cover lengan, baju ala2 jubah yang nak sembunyi segala lebihan yang ada... 


3) Kesihatan! Risau bila badan dah gemuk nie, takut macam-macam penyakit pulak yang datang nanti. Dah lah kurang bersenam, lemak-lemak semua tepu je dalam badan. Lagi satu bila badan dah makin gemuk nie, mudah sangat mengah.. Dahla memang asa semput, mau tergolek atas jalan plak nanti.. tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

4) Nak pregnant for the 2nd time..Klu dulu mase pregnant aku naik almost 30kg so kalau sekarang ni naik lagim 30 kg memang giantla aku.. & of course lagi banyakla dugaannya kalau aku nak lose weight semula nanti.. 


5) Tension bila nak bershopping!! Bila berkenan tengok baju tu, belek lah size yang ada, tapi size paling besar pun XL, try lah tapi size XL pun masih xmuat lagi.. Dan mulalah rase cam baju tu kecik tapi sebenarnya ko tu yang dah membesar..  Pastu jean pun, jgn harapla nak pakai Levi's ye, mmg xde size.. So yang ada tu memang jd pameran je dalam gerobok.. Last2 pakai jelah jegging2 plus size yang ada sekarang ni.. 


So dengan 5 alasan/ seba-sebab diatas, memang aku rase aku patut kurus. Patut lose weight. Buang segala lemak yang ada. Btw, entry ni memang takde niat nak menghina sesiapa tapi 120% untuk diri sendiri.. Doakan saya berjaya ye. Jauh lagi perjalanan ni, harap2 xdelah kecundang di tengah jalan.. huhuhu