Monday, 28 October 2013

Krabi Vacay: Food, Love & Relax : Day 3 (Part 2)

Part 2 on Day 3.. Sebab hari akhir sebelum balik kan so semua benda nak buat dalam sehari.. Post panjang-panjang nanti semua orang jelak nak baca kan.. So dengan ini terhasillah part 2


Berspa di 'Dara Massage'



Selesai berswimming, perut pun lapar so jom kita cari makan, makan dan makan lagi.. Abis je makan kami terus ke 'Dara Massage' yang rata-ratanya dipromote oleh blogger malaysia.. Service good and highly recommended. Cuma tempat jauh skit, kalau jalan kaki kira berpeluh gak la keti_ _ tu.. hahaha.. Kitorang sewa motor so takde masalah la untuk kesitu.. btw, ini kali ke-2 kami bermassage ye.. Malam samapi tu dah  buat sekali tapi sebab hati tu meronta-rota nak try 'Dara Massage' tu yang berspa lagi.. Tapi jangan keliru ye kawan-kawan, tukang urutnya takdelah dara mane.. Mak-maka dara je ;)



Kat spa ni aku buat massage for 2 and it cost us 550baht/RM53. murah sangat kan.. Kalau kat Malaysia, facial pun tak lepas kot.. So klu gi Krabi ni jangan lupa massage ye.. Memang puas hati..



Inilah Dara Massage tu.. Puas hati tau..

Service yang ada.. Harga boleh tawar ye...

Buka puas lepas bermassage-massage.. 
Sekarang, kira sambung part malam pulak untuk ke krabi walk ye..

Krabi Walk

a.k.a Pasar Malam sebenarnya atau lebih dikenali dengan nama Krabi Night Market.. hahaha
Saje nak bagi nampak cam gempak kan.. Krabi Nite Market hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Hari-hari lain memang ditutup. Nak ke Krabi Nite Market kalau dari Aonang boleh naik tuk-tuk atau ambik pakej dari tourist agensi yang ada. Tapi kitorang dapat offer dari driver yang hantar ke Elephant trekking tu untuk perkhidmatan pergi dan balik hanya 450baht/RM43 untuk 2 orang. Kalau amik pakej, dia akan kira 300baht/RM32 sorang so kira ni jimat sikitla..

Dari Anong ke Krabi Night Market dalam setengah jam saja, takdelah jauh mana pon.. Apa ada di Krabi Nite Market? Penuhnya dengan gerai makanan dan cenderamata.... memang tujuannya lebih kepada tarikan untuk pelancong. 

Orang kata pasar malam Krabi juga syurga makanan.. Memang betul pun dan yang pastinya makanan mereka sedap-sedap & murah-murah.


Chicken ball yang super sedap
Ayam goreng sedap.. Kalah KFC
Ya Allah, mango sticky rice yang marvelous 
Pancake yang sedap giler.. Abis makan 1, order lagi untuk bawak balik hotel ;)

Pad Thai yang super sedap.. 30baht je.. Murah2
Bila perut dah knyang, hati dah senang, kitorang teruskan misi untuk mencari souvenirs dan yang paling penting misi mengabis duit.. kui kui kui.. 
Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya.. Harga pun murah-murah berbanding kat Ao Nang.. 
So jom layan tengok apa ada kat sane ye.. Tapi ini sebahagian saje sebab mood nak amik gambar dah takde.. Layanzzzzzzzzzzz
















Entry berkenaan: 

Monday, 21 October 2013

Krabi Vacay: Food, Love & Relax : Day 3 (Part 1)

Jalan-jalan Krabi 3rd day:

Day 3!!! Yayyyy.. Rindu Malaysia?? So far xlagi sebab Krabi is just like Malaysia.. kui kui kui..  Pas subuh get ready nak buat  aktiviti elephant trekking together with the elephant show. Pejalanan amik mase 45 minit. All the way tu, Rania keep on asking.. 
'Bila nak naik gajah?' 
'Iye ke mummy kita dapat naik gajah?'
'Gajah tu duduk kat mane?'
gajah tu duduk ngan sape?'
dan macam-macam lagila dia tanye pasal gajah tu kan.. 


Sampai-sampai je tempat gajah tu of coursela Rania super duper excited. tak sabar-sabar nak naik gajah tu.. Kitorang ni punyalah takut tapi rania rilex je.. Siap naik ngan muka confiden 200% lagi.. hehehe









It's only #3ofus


Pose yang penjaga gajah tu snap.. Best2!!
Penjaga gajah kitorang tak pandai speaking sangat tapi dia baik. Dia nampak cool je bila gajah depan kami mengamuk. Kitorang ni punyalah dah cuak, risau semua tapi dia kata don't worry. Dan kerana keselambaan dia. kitorang pin rilexla kan.. Bila dah dekat-dekat ngan garisan penamat (ada ke garisan penamat.. hehehe) dia minta camera untuk snap pinture.. Punyalah banyak dia ambil dan yang pentingnya sume shoot cantik-cantik.. dalam banyak blog kata gambar kitorang kena beli aroung RM20-35 tapi untuk kali ni sebab dia dah snap, selamat duit kami.. hahahaha 


Lepas naik gajah kitorang tunggu pulak untuk elephant show. Show ni lebih kurang 30 minit tapi seriously memang enjoy sangat. Puas tengok anak gajah yang beratnta 1000kg tu menari, berpusing dan yang bestnya anak gajah ni pandai plak bila suh cium2.. Kiranya ini bintang ada sekolahla.. 






Lepas habis tengok show tu kitorang dihidangkan dengan nenas yang super duper manis. Bayangkan sebiji dia bagi, sebiji kami 3 beranak mampu habiskan.. Punyalah laparkan. Padahal aktiviti ni duduk je pun.. hahaha

Nilah nenas yang sedap tu.. Jemput terliur ye.. 
Kitorang sampai hotel awal dalam pukul 2. nak makan kenyang lagi so decided untuk gi swimming pool layankan si kecik diva ni.. Punyalah happy dia sebab dapat main air lagikan so kitorang spend almost 2 hours kat pool tu.. So ira the facilies is fully occupied la.. hehe


Surrounding area - The pool
Bergaya tapi tetap dengam putingnya.. hahaha
Another pose from little Diva


Posing jer ye.. Belum pandai swim pun


Pool view



Krabi Vacay: Food, Love & Relax : Day 2

                                                         Krabi Day 2: - 10 Oktober 2013


Birthday Cinta Hati saya.. happy birthday sayang... Suami tercinta yang sambut birthday kat obersea uolsss.. Tiap tahun tau.. 

Subuh kat cni awal dlm pukul 5.30.. pukul 7 dah terang benderang kot.. hehe.. Pas subuh bangun terus, siap-siap untuk aktiviti 4 Island. Brakfast kat hotel je, isi perut ngan buah & cereal  je ok.. 830am shuttle dah tunggu depan hotel. 

Pakej ni complete dengan transport dan makan lunch kat island nanti tau. Makan dia bagi dekat polisterin ala2 bercamping gitu.. Tp yang pentingya, sedap!!!



Package ni termasuk:
  1. Hotel Transfer
  2. Snorkeling items
  3. Drinking water
  4. Packed Lunch
  5. Entrance Fee
  6. insurance
  7. Fruit
Jom layan island yang kitorang jejaki..


1st Island: Tup Island

Gambar sebelum tour to Island start.. Tengah tunggu boat ready gamaknya. hew hew hew




















Selepas kurang daripada 15 minit, kami sampai di destinasi pertama kami iaitu Tup Island. Selain daripada pasirnya yang putih dan airnya yang jernih. 

Muka sebelum ahkak mabuk laut ye.. 



Keistimewaan Tup Island ialah anda boleh berjalan kaki daripada satu pulau ke satu pulau yang terdapat di sini ketika dalam keadaan air surut. Alhamdulillah, air surut time kitorang pegi tu.. Biru dan jernih ja, memang puas hati. Nampak x gambar tu. Kana & kiri pulau yang berlainan..

Lagi satu best di sini, anda tak perlu berenang dan menyelam sebab kawasan airnya cetek.. Dahlah tuh, bersih yang amat ye.. Kami di Tup Island lebih kurang satu jam so puasla mandi untuk si makcik kecik tu..  

Setereusnya, let's the pictures talk about the place :)
















2nd Island: Chicken Island.
Selepas satu jam di Tup Island, kami dibawa ke Chicken Island. Pulau dinamakan sebegitu sebab nampak tak bentuk kepala ayam tu? Di sini kami tak dibenarkan turun, cuma ambil gambar daripada dalam boat sahaja. Tapi time tu tetiba aku dah terkena mabuk laut yang maha dahsyat so tourist guide tu ngan baiknya ambikkan gambar untuk kitorang.. Terima kasih ye.. 

Chicken Island
Chicken Island.. SubhanAllah

Snorkeling
Kemudian kami dibawa ke satu lokasi untuk aktiviti snorkeling. Untuk aktiviti ni kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan snorkeling gear. Tapi cian pada encik suami yang xdapat nak rase peluang ni sebab Rania xbagi papa dia turun.. Klu turun gak dia nak ikut so nak tak nak terpaksalah papa duk dalam bot je.. Iollss pulak dah melayan perasaan dok fening kepala yang amat.. Siap muntah-muntah bagai.. mahap ye.. Actually semua peralatan umtuk snorkeling ni dah termasuk dalam pakej. Tapi untuk dipinjam sahaja, bukan untuk bawak balik ye. 

Lunch
Macam yang aku dah cerita awal tadi, lunch provided.. Ada 3 lauk tapi takde snap gambar sebab aku dah terdampar kefeningangan kat Poda Island tu dengan tak makan pape ye.. 

3rd Island: Poda Island
SubhanAllah.. Cantik sangat.. Terlalu indah ciptaan Allah ni. Ada satu tunggul batu besar ni memang trademark untuk Poda Island. Nampak je macam ni, orang tau ni Poda Island. 

So kamu-kamu layan gambar je ye.. 

Gambar tak edit ye kawan-kawan.. Guna iphone je.. Memang tempat ni cantik sangat



Anak dara yang fe'feeling' diva.. Verangan je ye ko nak..

Papa posing sendiri sebab mummy dah terkulai.. 

Another pose from papa
Us.. Bertahan nak muntah gak tu.. #3ofus
another side view of the island
Kakak Thailand yang duk jaga Rania time aku fening dalam bot.. Jasamu dikenang.. 
4th Island: Phra Nang Cave Beach
Akhir sekali kami di bawa ke Phra Nang Cave beach. Tempat ni ada satu gua yang terkenal dengan lagendanya. Dikatakan para nelayan meletakkan arca berbentuk tut tut di sini sebelum keluar mencari ikan sebab percaya akan mendatangkan nasib yang baik.
                                                                                                                                                                  
Di sini terdapat juga aktiviti hiking. tapi memang aku tak join pun.. Suh hubby join tapui dia xsanggup sebab Rania tak mau tinggal. Kalau nak berdukung bagai, papa memang tak laratla.. 

Di sni terdapatnya Railay beach yang terbahagi kepada dua iaitu Railay West dan Railay East yang mana kedudukannya juga bersambung dengan Phra Nang Cave Beach. Sebenarnya di sini ada view point dan secret lagoon. Tidak ada tour yang menawarkan pakej ini. Tapi daripada Ao Nang, anda boleh menaiki long tail boat ke Railay West beach dan berjalan kaki menuju ke Railay East Beach dan menuju ke tapak dakian untuk ke view point. Ambil lagi masa perjalanan untuk ke secret lagoon. 

Kami berada di sini selama satu jam. Sebelum bertolak pulang ke jeti untuk balik ke hotel, kami dihidangkan dengan buah tembikai.. Sedap& manis kata hubby. Krew-krew ajen perlancongan tu pon melayan kami dengan cara yang paling terbaik. Sememangnya aktiviti ni berbaloi dan sangat memuaskan hati. Sesampai di jeti, ada pengangkutan yang menghantar kami pulang ke hotel. Balik-balik hotel, mandi dan rehat, sebelum sewa motor lagi sambil menghayati suasana di Aonang & makan-makan di tepi pantai Ao Nang. 

Tips:
1) Sape yg rase dia mabuk laut siap2 makan ubat tahan muntah sejam b4 gerak k.Bawak la minyak angin n makanan ringan like gula2 hacks n asam.. 
2) Sunblock adalah wajib sebab cuaca panas sangat.. Kesian kat hubby & Rania yang menggelupas teruk sebab tak pakai sun block ye.. 
3) Time naik speed boat ni nanti rase tehentak-hentak time langgar coral so ak sesuai untuk yang early stage preggy ye

So esok kita sambung pulak trip untuk day-3 ye.. 


Entry berkenaan: 

Krabi Vacay: Food, Love & Relax: Day 1