Alhamdulillah dah nak penghujung 2nd trimester. I am 25 weeks pregnant

Ramai yang kata bila mengandung anak kedua dan seterusnya perasaan mengandung tu tak se "excited" macam anak pertama. Iye ke? Xdelah macam tu kan, takkan nak jadi bias untuk anak sendiri. Yang sebenar2nya, perasaan kita terutamanya dalam tahap kesabaran untuk mengetahui sesuatu yang dikandung itu adalah terkawal. Kalau yang pertama dulu sibuk asyik nak scan je, kali ni berkurangla sikit. kalu dulu tak menyempat2 nak pergi check-up kali ni lebih teratur jadualnya. Yang lain2 tu rasenya sama je excitednya. Macam sekarang ni, aku rasa check up sebulan sekali pun dah cukup. Takdelah sampai tak sabar. Maybe sebab masa 1st baby kita dah tau kan macam mana pengalaman and progress baby dari semasa ke semasa :)
Antara perkembangan untuk baik untuk 2nd trimester ni:
- Mual dan Muntah Mula Hilang - Bila dah masuk 2nd Trimester ni, keselesaan mula terasa. Mual & muntah boleh dikatakan takde kalau ter'overload' or ada benda yang trigger to that point.
- Merancang Percutian - Mood bertambah baik sebab mula selesa dengan keadaan badan sendiri. So jom plan untuk cuti sementara larat ni. Kalau dah masuk 3rd trimester lain pulak ceritanya nanti kann..
- Merasai Pergerakan si Kecik - Perkara paling seronok bila masuk 2nd trimester ni bila kita dah mula rasa gerakan2 si Kecik tu dalam tummy kita. Rasa teruja yang amat sangat, Ya Ampun, Allah je yang tahu betapa bahagianya perasaanku ini.. Wahhh terover makkk.. huhuhu
Bila dah nak masuk 6 bulan ni ramai yang mula bertanya baby boy ke girl? Sebenarnya kitorang pun masih dalam kesamaran sebab masa scan hari tu gynae kata '0'. Apa tu eh maksudnya? Klu ikut pengalaman masa anak pertama dulu, '0' tu maknanya perempuan. Sebab takde nampak apa-apa. Kalau ikutkan kitorang berharap sangatlah dapat boy sebab bolehla tutup kedai.. Tapi kalau dah gini gamaknya, kilang kena teruskan operasilah.. kui kui kui..
Oleh disebabkan kitorang tak yakin lagi jantina baby so nafsu membeli agak terkawal. Ikutkan mau berbakul2 dah bershopping, maklumlah tengah Y.E.S kan.. Banyak diskaun sana-sana. Apapun, kami hanya harapkan yang terbaik dan kesempurnaan untuk mummy and baby.. Aamin..
Oleh disebabkan kitorang tak yakin lagi jantina baby so nafsu membeli agak terkawal. Ikutkan mau berbakul2 dah bershopping, maklumlah tengah Y.E.S kan.. Banyak diskaun sana-sana. Apapun, kami hanya harapkan yang terbaik dan kesempurnaan untuk mummy and baby.. Aamin..