Assalam wahai diari... Ampun dan maaf ye, dah berkurun tiada post. Mood 'M' melanda diriku dalam keadaan yang teramatla tebal.. kui kui kui..
To start back the journey, moh ler kita start dengan cerita bercuti.. Yeayyyy..
Ni kiranya family vacation la.. Tahun lepas xde family vacation sebab budget xde so tahun ni baru ber'Wang' sikit nak bawak diorang jalan-jalan. Yang pasti tercapai impian untuk bawak nenek naik kapal terbang ..
Ni buktinya ye.. Nenek relax je muka.. Tak gayat and I think she's satisfied with the service. MAS kan.. Super puas hati.. First Class service you olsss..
Secara jujurnya, percutian ini lebih kepada gathering family. Tak banyak aktiviti yang kami buat kerana batasan yang ada. Al maklumla, bawak nenek, xkan ko nak panjat gunung kan.. Nak pergi Kampung Budaya pun dia tak larat so aktiviti lebih kepada bersantai-santai dan M.A.K.A.N...
Hari Pertama: 4 Mei 2014
Makan-makan dan Jelajah Kubah Ria
Sampai2 kat Airport Kuching, Pak Supirnya udah nungguin ye.. And the journey start now.. Aktiviti pertama adalah M.A.K.A.N... ye.. Kami pergi ke Restoran yang Nana cadangkan untuk Makan Tengahari. Nama tak ingat la.. Klu dah ingat nanti, iols hupdate balik ye..
After makan kami terus menuju ke hotel for check in.. Kitorang stay kat Grand Margherita for the whole trip. Senang tengah-tengah bandar and near to all attraction yang ada.
Since we are arrived on Saturday, kami tidak melepaskan peluang untuk ke Kubah Ria which is the new place yang menggantikan Pasar Satok yang dahulu. Tapi kalau ikut kata my husband, Pasar yang c=dulu lebih meriahnya berbanding yang sekaramg. kami sekadar pusing2 dan beli souvenir sikit untuk diri sendiri ye.. Then yang selebihnya, kami just duduk relax & M.A.K.A.N.. hehehe
Hari Kedua: 5 Mei 2014
Jelajah Serikin & Jong's Crocodile Farm Kuching
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia yang mana termasuk didalam senarai tempat yang perlu dilawati andainya kita sampai Kuching. Ianya sejauh kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching dan mengambil masa 1 1/2 jam untuk sampai. Kami bertolak dari hotel dalam pukul 7.30 dan sampai di sana hampir pukul 9. Ya Ampun, ingatkan awal dah, rupanya matahari dah tegak berdiri.. Kebetulan kami sekeluarga memakai baju warna hitam so bayangkanla betapa bahangnya kami rase..

Shopping is like heaven for muslimah attire even ada yang lebih murah dari Indonesia. Terdapat pelbagai pilihan telekung dan dan barang perhiasan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan. Kalau nak shopping langsir ini pun adalah tempatnya.. Dengan harganya yang sangat murah, kualiti kain yang baik aku pasti ramai yang akan ter'jebak' membelinya.. Termasukla aku... Selain itu, barangan kraf tanganjuga terdapat di sini dan dihasilkan dalam bentuk yang amat kreatif. Boleh menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Kalau nak belilah kann..
Maaf ye entry kali ni tak banyak gambar sebab terlalu panas.. Rasa nak jalan laju-laju je biar cepat habis me'round'..
Lebih kurang pukul 11.30pagi, kami bergerak menuju ke Jong's Crocodile Farm. Dalam perjalanan ke sana kami sempat berposing kat monumen Bau ni..Panasnya cuaca memang jdn cakapla.. Tapi kugagahkan jua.. hehehe..
Selesai bergambar kami lunch dulu. Perut dah lapar, badan pun dah penat so kenalh recharge kan.. Gambar xamik, sebab letihkan. habis makan, baru kami bergerak terus ke Jong's Crocodile Farm. Ada apa kat sane?? Of coursela buaya kan.. Katanya dah Taman Buaya, mestilah ada buaya. Macam-macam jenis ada, besar-besar belaka.. Eiiiii, ai tatutttt..
Gambar buaya takde. Malas nak amik sebab penat melayan celoteh si Rania tu.. Banyak benar nanyenya, sampai nk snap picture pun takde masa.. hehehe
After Jong's Crocodile Farm, kami terus balik hotel and activiti bebas. Malam pulak akmi makan di Top Spot layan seafood murah..
 |
| Ni lah Top Spot tu ye.. Gambar tak amik so ehsan dari en. Google ye |
 |
Ni no. Gerai pilihan kami. Most of the Malay bloggers recommended this stall. Gambar ehsan dari en. Google ye
|
 |
Sekitar Top Spot.
Gambar ehsan dari en. Google ye |
|
Gambar makanan pun takde. Tak sempat nak amik sebab lapar.. hehehe
|
 |
Ni je pic yang ada. Si kecik ni je yang sibuk bergambar, kami memang tak larat dah..
Hari Ketiga: 6 Mei 2014
Muzium Kuching & Leisure Time
Muzium Kuching ni memang purposely nak memenuhi impian si kecik tu.. Jangan tak tahu ye Rania is a 'CAT LOVER". Cuma mummy & papanya tak sanggup nak membela. Kang nak berangkut kesana kesini mau jenuh kami berdua. Lebih-lebih lagi kalau dia requeste nak bawak balik kampung.. Haru jadinya.
Muzium ni terletak dalam Majlis Perbandaran Kuching. Sebelum masuk tu kami anak beranak sudah membayangkan yang kami akan melihat pelbagai spesis kucing dari seantero dunia.. Yang pastinya Rania pastinya super-duper gembira.
|
Ya Ampun, bila kami masuk jangankan anak kucing, sejenis spesis yang bernyawa pun takde. Kami hanya dipamerkan dengan kucing-kucing batu dan tembikar.. huhuhu.. Nak amik gama=bar pun tak berbaloi. baik google je lah..
 |
| Mummy, Papa & baby kucing |
 |
| Mummy & baby kucing at entrance |
 |
| Baby kucing yang super excited |
 |
| Baby kucing yang 'D.I.V.A' |
Rasanya, cukuplah setakat ni saja entry kali ni. nak upload pun ambil masa berbulan-bulan. So nantikan update yang seterusnya ya. Kita tengok cite apa plak..
Happy Reading 