Kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi 8 March 2013. Di saat ini, seluruh dunia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370. Banyak spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat ini. Namun begitu kita hanya boleh berdoa dan terus berdoa untuk mereka.
"Petikan daripada akhbar Sinar Harian - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.
Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika di ruang udara dikawal Vietnam.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua pihak mengambil tindakan wajar bagi mengesan pesawat yang masih dilaporkan hilang.
Beliau turut menyatakan kebimbangan dan berdoa bersama ahli-ahli keluarga penumpang yang terlibat agar semuanya selamat.
“Fikiran dan doa saya bersama ahli-ahli keluarga penerbangan MH370. Saya telah minta semua tindakan yang wajar perlu diambil,” kata beliau menerusi Twitternya.
Malaysia juga, katanya, memperluaskan kawasan mencari pesawat itu dengan menambah bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebuah pusat operasi kordinasi ditubuhkan dan diketuaiJabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar."
Kita dokan semoga ada keajaiban yang bakal berlaku. Semoga ada petunjuk yang bakal merungkaikan permasalahan ini yang membawa kepada penemuan yang seperti kita harapkan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin


