Wednesday, 1 October 2014

Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

I'm pregnant.. Yes, I'm pregnant again for my 2nd time.. 

Lepas umur Rania masuk 4 tahun,  I keep on asking my husband to try to get our 2nd baby. Dia cuma senyum-senyum and tanya, "Awak dah ready ke?". Dan saya, dengan seriousnya kata, "Yes, I'm ready" :)

Come end of July, lebih kurang seminggu nak raya hati ni gatal nak buat pregnancy test. Kalau korang nak tau aku saja je nak buat test ni. Ikutkan belum lewat pun time periodnya, masih ada 5 hari lagi tapi sebab hati tu dah rasa lain tu yang buat test jugak. Terus singgah farmasi dan beli pregnancy test. Dan buat test. Dan naik la double line. Feeling? Mixed feeling. Happy ada, sedih pun ada. Snap pic, and whatsapp to my dear husband. Tarikh yang memang takkan dapat dilupakan 23 July 2014! Tak lama lepas tu, perasaan bertukar excited sangat! Begitulah beberapa hari dengan perasaan yang bercampur baur. 

Dalam pada waktu yang sama, timbul rasa kasih yang teramat sangat pada my one and only Rania. Kesian jugak kat dia yang dah nak jadi kakak. Kalau diikutkan, belum puas rasanya masa yang kami peruntukkan untuk dia. Rasa cepat sangat masa berlalu even dah lebih 4 tahun. Dengan ini secara automatiknya tempat 'Exclusive', 'the one and only' dan status 'anak tunggal' untuk Rania akan terkubur. Tapi nak buat macam mana kan, itulah kehidupan. Nanti kalau takde adik pun kesian juga, keseorangan lah dia sampai bila-bila. 


My one and only.. Mummy sayaaaang Nia 
Masa Rania dulu, perut aku besar yang amat. Ni dah masuk 4 bulan pun masih OK. Berat badan pun takdelah naik mencanak-canak.. Kalau dulu baru masuk 3 bulan, 12 kg aku naik tp sekarang ni masih di tahap yang terkawal. Bercakap pasal selera makan pulak, kalau dulu lebih mudah dan simple, tak banyak kerenahnya tapi kali ni lebih memilih. Setakat ni dah hampit 3 bulan tak boleh nak makan nasi campur. Ayam dan daging semuanya tolak tepi. bukan tu saja makanan yang berkuah memang tak lalu.. 

Berkenaan dengan diri pulak, kalau dulu sihat sejahtera, segar bugar tapi kali ni sering dan mudah diserang penyakit. malam-malam tu kalau pukul 9.30 je mulalah menguap-nguap. badan ni rasa malas je. Masak-memasak jangan ceritalah, memang takdenya. kalau bercakap pasal berbeza, memang sangat berbeza.. Harap-harap jantinanya pun berbezalah kan .. (tarik muka senyum, sambil berdoa dalam hati. Ameen...). Ikutkan, takdelah merancang apa sangat pun tapi sejak kami decide nak tambah satu lagi,memang aku selalu doa lepas solat supaya anak kedua ni boy. Tapi kalau rezeki tidak berpihak pada kami, kami tetap redha sebab yang paling penting anak yang bakal lahir tu nanti cukup sifatnya dan sihat tubuh badannya.. Tak gitu?? 

Tapi tulah kan,setiap anak pengalaman lain-lain..Aku dan suami hanya mampu berdoa.. Alah yang menentukan segalanya.. Ameen..