Ni adalah entry kepam yang dah berzaman sebab mencari idea nak menulis.
Lepas siap renovation rumah, (yang memang xde ye entrynya sebab agak major perubahannya, so malas nak ngarang) makeover for my little girl's room is the next target for me and hubby. Antara tujuannya nak biasakan my little Rania untuk tido sendirilah tapi sampai ke hari ni dah hampir 3 bulan hasrat kitorang masih tak berjaya..
.jpg)
.jpg)
Dalam bilik ni ada 3 almari semuanya (ada 1 almari yang terlupa nak snap). So bila nak transform ni, 2 almari kitorang akan keluarkan termasukla 'baby cot' dan gantikan dengan satu almari yang lebih besar. Almari laci tu kitorang biarkan untuk susun buku-buku Rania kat atasnya.
Nilah hasilnya selepas di'makeover'kan.. Tadaaaaa
Kedudukan katil yang asalnya menghadap ke pintu kami pusingkan supaya bilik akan mempunyai ruang kosong yang lebih luas. Tikar evamatik tu kitorang tukar dengan karpet supaya lebih selesa.
Ni lah almari baru untuk my Little Rania. Kitorang amik ukuran 5 x 8 kaki supaya ada ruang untuk simpan barang so takdelah berserabut sana sini.
Sebelah tu almari laci yang kitorang kekalkan untuk susus buku-buku Rania. Tapi biasalah kan, bilik anak dara tak sah kalau takde soft toys. hihi...
Ni pulak ruangan favourite dia. Tempat segala toys and koleksi peribadi dia yang memang tak kasi orang lain sentuh. Siap ada potret frame tau. Hehehe...
Yang kat dinding tu pulak semua lukisan yang papa lukis dan setiap satunya akan dia tampal. Ikutkan memang serabut tapi untuk bagi dia selesa ngan bilik ni kitorang biarkan je dulu.
Even tak banyak perubahan yang kitorang buat tapi sekurang-kurangnya semua dalam keadaan tersusun, tak bersepah sana sini. Untuk setakat ni, rasanya dah memadai kot as a start.
Hopefully sangat my little Rania happy with her new look of her room. Penat dah mummy and papa buat sayang..

So next project untuk bilik my little Rania ni, nak tukar langsir bagi nampak lebih 'gurly'and buat 'wallpaper'. Rasenya dah cukup setakat tu sebab plan for 2015 nak transform living room plak.. Nak beli and dining table.. Hopefullyla kesampaian. Aamin..

.jpg)
No comments:
Post a Comment