Wednesday, 10 December 2014

Part 2 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

Alhamdulillah dah nak penghujung 2nd trimester. I am 25 weeks pregnant 




Ramai yang kata bila mengandung anak kedua dan seterusnya perasaan mengandung tu tak se "excited" macam anak pertama. Iye ke? Xdelah macam tu kan, takkan nak jadi bias untuk anak sendiri. Yang sebenar2nya, perasaan kita terutamanya dalam tahap kesabaran untuk mengetahui sesuatu yang dikandung itu adalah terkawal. Kalau yang pertama dulu sibuk asyik nak scan je, kali ni berkurangla sikit. kalu dulu tak menyempat2 nak pergi check-up kali ni lebih teratur jadualnya. Yang lain2 tu rasenya sama je excitednya. Macam sekarang ni, aku rasa check up sebulan sekali pun dah cukup. Takdelah sampai tak sabar. Maybe sebab masa 1st baby kita dah tau kan macam mana pengalaman and progress baby dari semasa ke semasa :) 

Antara perkembangan untuk baik untuk 2nd trimester ni:


  1. Mual dan Muntah Mula Hilang Bila dah masuk 2nd Trimester ni, keselesaan mula terasa. Mual & muntah boleh dikatakan takde kalau ter'overload' or ada benda yang trigger to that point.
  2. Merancang Percutian - Mood bertambah baik sebab mula selesa dengan keadaan badan sendiri. So jom plan untuk cuti sementara larat ni. Kalau dah masuk 3rd trimester lain pulak ceritanya nanti kann..  
  3. Merasai Pergerakan si Kecik - Perkara paling seronok bila masuk 2nd trimester ni bila kita dah mula rasa gerakan2 si Kecik tu dalam tummy kita. Rasa teruja yang amat sangat, Ya Ampun, Allah je yang tahu betapa bahagianya perasaanku ini.. Wahhh terover makkk.. huhuhu

Bila dah nak masuk 6 bulan ni ramai yang mula bertanya baby boy ke girl? Sebenarnya kitorang pun masih dalam kesamaran sebab masa scan hari tu gynae kata '0'. Apa tu eh maksudnya? Klu ikut pengalaman masa anak pertama dulu, '0' tu maknanya perempuan. Sebab takde nampak apa-apa. Kalau ikutkan kitorang berharap sangatlah dapat boy sebab bolehla tutup kedai.. Tapi kalau dah gini gamaknya, kilang kena teruskan operasilah.. kui kui kui.. 

Oleh disebabkan kitorang tak yakin lagi jantina baby so nafsu membeli agak terkawal. Ikutkan mau berbakul2 dah bershopping, maklumlah tengah Y.E.S kan.. Banyak diskaun sana-sana. Apapun, kami hanya harapkan yang terbaik dan kesempurnaan untuk mummy and baby.. Aamin..

Wednesday, 1 October 2014

Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

I'm pregnant.. Yes, I'm pregnant again for my 2nd time.. 

Lepas umur Rania masuk 4 tahun,  I keep on asking my husband to try to get our 2nd baby. Dia cuma senyum-senyum and tanya, "Awak dah ready ke?". Dan saya, dengan seriousnya kata, "Yes, I'm ready" :)

Come end of July, lebih kurang seminggu nak raya hati ni gatal nak buat pregnancy test. Kalau korang nak tau aku saja je nak buat test ni. Ikutkan belum lewat pun time periodnya, masih ada 5 hari lagi tapi sebab hati tu dah rasa lain tu yang buat test jugak. Terus singgah farmasi dan beli pregnancy test. Dan buat test. Dan naik la double line. Feeling? Mixed feeling. Happy ada, sedih pun ada. Snap pic, and whatsapp to my dear husband. Tarikh yang memang takkan dapat dilupakan 23 July 2014! Tak lama lepas tu, perasaan bertukar excited sangat! Begitulah beberapa hari dengan perasaan yang bercampur baur. 

Dalam pada waktu yang sama, timbul rasa kasih yang teramat sangat pada my one and only Rania. Kesian jugak kat dia yang dah nak jadi kakak. Kalau diikutkan, belum puas rasanya masa yang kami peruntukkan untuk dia. Rasa cepat sangat masa berlalu even dah lebih 4 tahun. Dengan ini secara automatiknya tempat 'Exclusive', 'the one and only' dan status 'anak tunggal' untuk Rania akan terkubur. Tapi nak buat macam mana kan, itulah kehidupan. Nanti kalau takde adik pun kesian juga, keseorangan lah dia sampai bila-bila. 


My one and only.. Mummy sayaaaang Nia 
Masa Rania dulu, perut aku besar yang amat. Ni dah masuk 4 bulan pun masih OK. Berat badan pun takdelah naik mencanak-canak.. Kalau dulu baru masuk 3 bulan, 12 kg aku naik tp sekarang ni masih di tahap yang terkawal. Bercakap pasal selera makan pulak, kalau dulu lebih mudah dan simple, tak banyak kerenahnya tapi kali ni lebih memilih. Setakat ni dah hampit 3 bulan tak boleh nak makan nasi campur. Ayam dan daging semuanya tolak tepi. bukan tu saja makanan yang berkuah memang tak lalu.. 

Berkenaan dengan diri pulak, kalau dulu sihat sejahtera, segar bugar tapi kali ni sering dan mudah diserang penyakit. malam-malam tu kalau pukul 9.30 je mulalah menguap-nguap. badan ni rasa malas je. Masak-memasak jangan ceritalah, memang takdenya. kalau bercakap pasal berbeza, memang sangat berbeza.. Harap-harap jantinanya pun berbezalah kan .. (tarik muka senyum, sambil berdoa dalam hati. Ameen...). Ikutkan, takdelah merancang apa sangat pun tapi sejak kami decide nak tambah satu lagi,memang aku selalu doa lepas solat supaya anak kedua ni boy. Tapi kalau rezeki tidak berpihak pada kami, kami tetap redha sebab yang paling penting anak yang bakal lahir tu nanti cukup sifatnya dan sihat tubuh badannya.. Tak gitu?? 

Tapi tulah kan,setiap anak pengalaman lain-lain..Aku dan suami hanya mampu berdoa.. Alah yang menentukan segalanya.. Ameen..



Thursday, 7 August 2014

Rania Turns 4

Dear little Rania a.k.a. my one and only Princess...

Have we told you before that we are the proudest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the happiest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the most satisfied parents in the whole world?


And, have we told you before that you are the best daughter in the whole world?


If there are no in one of the answers, please remind us darling since you're A.L.L of above 





Goodies for the kids since kali ni buat kat sekolah. Requested by her :)

              

The celebration was happenned at her school and it was requested by her. Since the post is considered as 'Basi' so lets the pictures talk. 












Note: This is an abandoned post. She was celebrating her 4 years old birthday on 28.06.2014. But mummy was too busy for Ramadhan which was the 2 days after.. So hope you guys enjoy the pictures. 

Cuti-cuti Malaysia...

Assalam wahai diari... Ampun dan maaf ye, dah berkurun tiada post. Mood 'M' melanda diriku dalam keadaan yang teramatla tebal.. kui kui kui.. 
To start back the journey, moh ler kita start dengan cerita bercuti.. Yeayyyy..

Ni kiranya family vacation la.. Tahun lepas xde family vacation  sebab budget xde so tahun ni baru ber'Wang' sikit nak bawak diorang jalan-jalan. Yang pasti tercapai impian untuk bawak nenek naik kapal terbang .. 



Ni buktinya ye.. Nenek relax je muka.. Tak gayat and I think she's satisfied with the service. MAS kan.. Super puas hati.. First Class service you olsss.. 

Secara jujurnya, percutian ini lebih kepada gathering family. Tak banyak aktiviti yang kami buat kerana batasan yang ada. Al maklumla, bawak nenek, xkan ko nak panjat gunung kan.. Nak pergi Kampung Budaya pun dia tak larat so aktiviti lebih kepada bersantai-santai dan M.A.K.A.N... 

Hari Pertama: 4 Mei 2014
Makan-makan dan Jelajah Kubah Ria

Sampai2 kat Airport Kuching, Pak Supirnya udah nungguin ye.. And the journey start now.. Aktiviti pertama adalah M.A.K.A.N... ye.. Kami pergi ke Restoran yang Nana cadangkan untuk Makan Tengahari. Nama tak ingat la.. Klu dah ingat nanti, iols hupdate balik ye.. 
After makan kami terus menuju ke hotel for check in..  Kitorang stay kat Grand Margherita for the whole trip. Senang tengah-tengah bandar and near to all attraction yang ada. 

Since we are arrived on Saturday, kami tidak melepaskan peluang untuk ke Kubah Ria which is the new place yang menggantikan Pasar Satok yang dahulu. Tapi kalau ikut kata my husband, Pasar yang c=dulu lebih meriahnya berbanding yang sekaramg. kami sekadar pusing2 dan beli souvenir sikit untuk diri sendiri ye.. Then yang selebihnya, kami just duduk relax &  M.A.K.A.N.. hehehe

Hari Kedua: 5 Mei 2014
Jelajah Serikin & Jong's Crocodile Farm Kuching 

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia yang mana termasuk didalam senarai tempat yang perlu dilawati andainya kita sampai Kuching. Ianya sejauh kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching dan mengambil masa 1 1/2 jam untuk sampai. Kami bertolak dari hotel dalam pukul 7.30 dan sampai di sana hampir pukul 9. Ya Ampun, ingatkan awal dah, rupanya matahari dah tegak berdiri.. Kebetulan kami sekeluarga memakai baju warna hitam so bayangkanla betapa bahangnya kami rase.. 


Shopping is like heaven for muslimah attire even ada yang lebih murah dari Indonesia. Terdapat pelbagai pilihan telekung dan dan barang perhiasan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan. Kalau nak shopping langsir ini pun adalah tempatnya.. Dengan harganya yang sangat murah, kualiti kain yang baik aku pasti ramai yang akan ter'jebak' membelinya.. Termasukla aku... Selain itu, barangan kraf tanganjuga terdapat di sini dan dihasilkan dalam bentuk yang amat kreatif. Boleh menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Kalau nak belilah kann.. 
Maaf ye entry kali ni tak banyak gambar sebab terlalu panas.. Rasa nak jalan laju-laju je biar cepat habis me'round'.. 

Lebih kurang pukul 11.30pagi, kami bergerak menuju ke Jong's Crocodile Farm. Dalam perjalanan ke sana kami sempat berposing kat monumen Bau ni..Panasnya cuaca memang jdn cakapla.. Tapi kugagahkan jua.. hehehe..



Selesai bergambar kami lunch dulu. Perut dah lapar, badan pun dah penat so kenalh recharge kan.. Gambar xamik, sebab letihkan. habis makan, baru kami bergerak terus ke Jong's Crocodile Farm. Ada apa kat sane?? Of coursela buaya kan.. Katanya dah Taman Buaya, mestilah ada buaya. Macam-macam jenis ada, besar-besar belaka.. Eiiiii, ai tatutttt.. 



Gambar buaya takde. Malas nak amik sebab penat melayan celoteh si Rania tu.. Banyak benar nanyenya, sampai nk snap picture pun takde masa.. hehehe

After Jong's Crocodile Farm, kami terus balik hotel and activiti bebas. Malam pulak akmi makan di Top Spot layan seafood murah.. 

Ni lah Top Spot tu ye.. Gambar tak amik so ehsan dari en. Google ye

Ni no. Gerai pilihan kami. Most of the Malay bloggers recommended this stall.
Gambar ehsan dari en. Google ye



Sekitar Top Spot. 
Gambar ehsan dari en. Google ye
Gambar makanan pun takde. Tak sempat nak amik sebab lapar.. hehehe
Ni je pic yang ada. Si kecik ni je yang sibuk bergambar, kami memang tak larat dah..


Hari Ketiga: 6 Mei 2014
Muzium Kuching & Leisure Time

Muzium Kuching ni memang purposely nak memenuhi impian si kecik tu.. Jangan tak tahu ye Rania is a 'CAT LOVER". Cuma mummy & papanya tak sanggup nak membela. Kang nak berangkut kesana kesini mau jenuh kami berdua. Lebih-lebih lagi kalau dia requeste nak bawak balik kampung.. Haru jadinya.

Muzium ni terletak dalam Majlis Perbandaran Kuching. Sebelum masuk tu kami anak beranak sudah membayangkan yang kami akan melihat pelbagai spesis kucing dari seantero dunia.. Yang pastinya Rania pastinya super-duper gembira. 




Ya Ampun, bila kami masuk jangankan anak kucing, sejenis spesis yang bernyawa pun takde. Kami hanya dipamerkan dengan kucing-kucing batu dan tembikar.. huhuhu.. Nak amik gama=bar pun tak berbaloi. baik google je lah.. 


Mummy, Papa & baby kucing

Mummy & baby kucing at entrance

Baby kucing yang super excited

Baby kucing yang 'D.I.V.A'
Rasanya, cukuplah setakat ni saja entry kali ni. nak upload pun ambil masa berbulan-bulan. So nantikan update yang seterusnya ya. Kita tengok cite apa plak.. 

Happy Reading 







Monday, 10 March 2014

#PrayforMH370


Kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi 8 March 2013. Di saat ini, seluruh dunia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370. Banyak spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat ini. Namun begitu kita hanya boleh berdoa dan terus berdoa untuk mereka. 

"Petikan daripada akhbar Sinar Harian - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.

Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika di ruang udara dikawal Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua pihak mengambil tindakan wajar bagi mengesan pesawat yang masih dilaporkan hilang.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dan berdoa bersama ahli-ahli keluarga penumpang yang terlibat agar semuanya selamat.

“Fikiran dan doa saya bersama ahli-ahli keluarga penerbangan MH370. Saya telah minta semua tindakan yang wajar perlu diambil,” kata beliau menerusi Twitternya.

Malaysia juga, katanya, memperluaskan kawasan mencari pesawat itu dengan menambah bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebuah pusat operasi kordinasi ditubuhkan dan diketuaiJabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar."

Kita dokan semoga ada keajaiban yang bakal berlaku. Semoga ada petunjuk yang bakal merungkaikan permasalahan ini yang membawa kepada penemuan yang seperti kita harapkan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Friday, 7 March 2014

1st entry of 2014: The hectic year ever

Selamat Tahun Baru 2014. Kira oklah kan nak wish.. Lgpun baru 1st quarter of the year..hui hui hui  2014 - Ingatkan bolehla rilex2 tahun ni tapi rupanya super hectic. Macam-macam benda baru yang jadi, macam-macam pengalaman hidup yang baru untuk di tempuhi

Rania start going to school. By the year, Rania dah 4 years old. Setelah congak, tolak tambah bahagi semua kitorang decide nak sekolahkn dia. Dari dok kat umah babysitter pagi sampai ke petang bukan ada pekdahnya pun.. So by doing that, rutin harian kami bertambah. kena bangun awak, tido awal, check segala kerja sekolah and make sure everything will be in order sebelum tido. Penat jangan cakapla.. Urat2 sume terkejut gile babas kot. dengan perangai bangun paginya, perangai culas nak buat homework and macam2 lagila.

Muka bajet comel.. dah besar anak dara i, uolsss :)
1st day at school - belum start ragamnya ye.. 


Plan for my family vacay. Last year tak sempat berholiday. Ntahlah kenapa, terlepas pandang kot. So tahun ni kita gi jauh sikit. First time nak bawak nenek tercinta naik flight so kenalah prepare everything awal. Siap2 survey apa nak buat, transport and accommodation yang paling selesa dan sesuai untuk percutian keluarga. 
Nak gi mane? Tungguuuuuu. Tak sabar sebenarnya.. Ada 2 bulan lagi.. dah penat bekerja ni... 

Waiting for next update ye.. 


Wide job scope. This is actually good for myself improvement. So banyak benda aku kena buat sendiri tan[pa bergantung apa supervisor. Uwaaaaa, kiranya klu ada kesilapan aku akan dipertanggungjawapkan. dari situ everything have to be extra careful and full extension should be given.. Hopefully better rewards is waiting. 

Sumber dari: Cik Google
I'm 31 years old on 9th January. OMG, so fast the time flies. Dengan xsemena2, terlepas dah pun keangka 3 itu. Hopefully I'll be much much better by increasing the number of my age. Dahlah tu tetiba berbangga dengan study yang dikeluarkan 31 years old adalah umur wanita kelihatan paling jelita.. Kalau tak percaya, tengok link ni 31 years old women. Jelita sangat kannnn 
Special thank you for all the birthday wishes & gifts untuk iols tahun nie.. Thank you Thank you & Thank you.. 


Gift from Hubby
From Cagamas Lovelies
Lunch Treat by my Love
Lunch Treat at Italianese