Friday, 19 July 2013

Menu for Iftar

Bulan-bulan Ramadhan ni apalagi yang seronok dibincangkan selain baju raya of coursela menu berbuka. Klu kat office tuh sibuk ber sok sek sana bersok sek sini nak tanye buka apa. Bukan saja nak kepoh tapi ye kengkawan tapi to get the ideas dan senangla nak plan menu nanti.. Al-maklumla, time2 nilah semua kaum wanita, para isteri, para ibu beramai-ramai kumpul pahala memasak untuk suami, anak-anak dan juga keluarga. Benda ni tak terkecuali dengan aku yang tetiba jadi rajin dan ala-ala pakar gitu :)

Target tahun ni is #freefromparam. Rasenya semua tau dah PARAM tu apa kan.. Bagi yang tak tahu itu adalah singkatan untu Pasar Ramadhan. Tapi aku terkucil gak tapi makanan asas tetap masak. Kalau beli pun kuih-muih nagn air je.

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 10 ramadhan. Cepatnya masa berlalu kan. Mana tak cepat, even balik kerja awal, hari2 macam lipas kudung memasak. Untuk buka & sometime tu untuk sahur pulak.

Untuk semua yang masih tercari2 idea nak masak apa, jom layan menu2 berbuka dari 1 Ramadhan sampai 9 Ramadhan.


Mutton Wrap for Iftar #day1 #Ramadhan2013
Kari Ikan Tenggiri for Iftar #day2 #Ramadhan2013


Nasi Goreng Kampung Style for Iftar #day3 #Ramadhan2013
Nasi Minyak for Iftar #day4 #Ramadhan2013


Bazaar Ramadhan Menu for Iftar #day5 #Ramadhan2013

Tomyam Telur puyuh, Ayam Kicap & Udang Goreng Kunyit for Iftar #day6 #Ramadhan2013

Thai food for Iftar #day7 #Ramadhan2013 #requestbyayah

Mee Kari for Iftar #day8 #Ramadhan2013

Simple dishes for Iftar #day9 #Ramadhan2013


Dah layan so harap-harap berguna untuk idea menu korang ye..

Next update we go for raya shoppimg... yeayyyyyy

Ehsan from Mr. Google... 



Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan datang lagi

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau lagukan ..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridhwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridhwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

"Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"

Tuesday, 9 July 2013

Rania dah besar rupanya... Happy 3rd Birthday, daughter..

Wah statement.. Macam xsedar2 yang dah 3 tahu budak tu sbnrnya.. Awal2 lagi aku dah bagitau Rania yang birthday dia tahun ni xmo buat kat umah.. Mummy xlarat nak handle everything.. So dah inform kita buat birthday kat luar je. Tanye dia nak theme apa, Jungle or Mickey & as well as expected dia pilih theme jungle.. For this time being, we celebrated her birthday at KFC, Setiawangsa..It's avery well organized by them & is was really well handle.. Thanks to the team.

So kita layan gambar je ye.. Dah nak puasa ni mood agak lemau nak bercerita so tengok2 gambar bagi mood ceria