Thursday, 26 February 2015

Part 6 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

36 weeks and counting...


Alhamdulilah, finally it's reach 36 weeks and 28 days to go.. 

Tapi yang sedihnya, sampai sekarang ni kitorang still tak tau Baby R ni boboy ke gugurl. So hopefully, this week check up Baby R will show off.

Perasaaan ketika nie bercampur-baur.  Ada rasa berdebar-debar, takut, risau tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar nak tunggu baby R ni keluar. Kalau ikutkan pengalaman masa my 1st baby dulu pun tak banyak membantu sebabnya my 1st baby was undergo for emergency caesar sebab distress. Water bed was timely burst at my 39 weeks at 6.00 a.m. By 7 a.m. kitorang sampai hospital  terus masuk labor room. At about 11.30 a.m. the gynae and nurses datang kerumun with panic face. Aku pun agak panic rupanya baby dah 'popo'and they ca't afford to wait to save the baby live.. Kalau ikutkan keadaan aku, memang boleh tunggu sebab my contraction is just  on track and that time it was already opened by 6 cm. But just because of my little Rania, I've to undergo for caesar.. 


Hopefully, everything will be in order. Aku hanya berharap yang terbaik  untuk Baby R. Aamin. 

Monday, 23 February 2015

Makeover: Living Hall a.k.a. Family Hall a.k.a. Dining Hall

3 in 1. Itulah dia Living Hall a.k.a. Family Hall a.k.a. Dining Hall kitorang sekeluarga. Rumah kitorang tak besar so ruang yang ada pun sangatlah terhad jadi kena pandai susun atur supaya boleh memaksimumkan penggunaan ruang yang ada.. 
Perghhh ayat ni dah macam nak tulis magazine.. kui kui kui 




Ni adalah gambar-gambar asal ruangan Living Hall a.k.a. Family Hall a.k.a. Dining Hall kitorang. Semua ruangan ni berwarna hijau dan susun atur pun asal boleh je sebab memang tak tahu ilmu deko-mendeko ni. Perabot yang ada pun kami letak asal boleh janji memenuhi ruang yang ada. Ditambah lagi, masa tu anak masih kecik, kitorang pulak baru kahwin so nak pendekkan cerita idea deko-deko tu memang takde. So inilah hasilnya, caca merba sane sini, bila dah bosan tukar susun atur je. Hahaha...



Inilah hasil after renovation sebelum Ramadhan 2014, seluruh ruangan ni kitorang cat semula dan tukarkan kepada color cream. Konon-kononnya untuk effect yang lebih luas dan senang nak deko. Kalau color sebelum ni, pemilihan perabut agak terhad sebab susah nak match dengan color wall tapi sekarang lebih senang. 

Ini pandangan straight dari arah pintu masuk. Untuk bahagian wall ni, kitorang decide untuk deko dan jadikan 'Ruangan Sudut Memori'. Alhamdulillah inilah hasilnya. Setiap ruangan/sudut yang ada kitorang akan cuba untuk memanfaatkan sehabis yang boleh.. 


Yang ni pulak adalah 'Ruangan Menonton' a.k.a. ruangan santai especially untuk hubby yang memang suka layan movie. Kabinet TV yang asal kitorang ganti dengan yang lebih moden. Gubahan bunga pun kitorang tukar yang lebih kecil dan simple. 

Cuma 2 ruangan yang dah betul-betul siap. Yang lain masih dalam perancangan dan masih dalam proses mencari idea + kumpul bajet. Nak buat sekaligus memang pengsanlakan.. So buat ikut apa yang kita mampu. Plan seterusnya untuk memaksimumkan Ruangan Menonton ni dengan sofa ataupun idea-dea deko yang lain. Akhir sekali barulah kita ke Dining Hall ye.. Harap-harap cepatla termakmul.. Ada perubahan kita share lagi ye.. 

So enjoy reading..


Thursday, 12 February 2015

Makeover: Guest Room to My Little Princess Room

Ni adalah entry kepam yang dah berzaman sebab mencari idea nak menulis. 

Lepas siap renovation rumah, (yang memang xde ye entrynya sebab agak major perubahannya, so malas nak ngarang) makeover for my little girl's room is the next target for me and hubby. Antara tujuannya nak biasakan my little Rania untuk tido sendirilah tapi sampai ke hari ni dah hampir 3 bulan hasrat kitorang masih tak berjaya.. 

Kat rumah ni ada 4 bilik sebenarnya, 3 di tingkas atas dan 1 di tingkat bawah. Yang bawah tu aku jadikan bilik mama dengan ayah sebab diorang memang malas nak naik atas. So 3 bilik di tingkat atas tu merangkumi master bedroom (bilik tido kitorangla), guest room  and my sister's room (this room pun dah kosong since dia dah pindah). So sekarang ni guest room yang a.k.a. store room tu kami nak transform sepenuhnya jadi bilik my little Rania. 

Kalau dilihat dari gambar sebelum di'makeover'ni, bersepah sana sini kan.. Semuanya letak asal boleh sumbat selagi ada ruang kan. Nak masuk pun xlalu sebab dah macam2 sangat barang kami carca marbakan kat situ termasukla 'baby cot' yang dah jadi tempat simpan barang jugak. So bila dah ada rezeki lebih sikit ni kami nak 'makeover'lah bilik ni supaya jadi lebih tersusun. 

























Dalam bilik ni ada 3 almari semuanya (ada 1 almari yang terlupa nak snap). So bila nak transform ni, 2 almari kitorang akan keluarkan termasukla 'baby cot' dan gantikan dengan satu almari yang lebih besar. Almari laci tu kitorang biarkan untuk susun buku-buku Rania kat atasnya. 


Nilah hasilnya selepas di'makeover'kan.. Tadaaaaa


Kedudukan katil yang asalnya menghadap ke pintu kami pusingkan supaya bilik akan mempunyai ruang kosong yang lebih luas. Tikar evamatik tu kitorang tukar dengan karpet supaya lebih selesa. 






Ni lah almari baru untuk my Little Rania. Kitorang amik ukuran 5 x 8 kaki supaya ada ruang untuk simpan barang so takdelah berserabut sana sini. 

Sebelah tu almari laci yang kitorang kekalkan untuk susus buku-buku Rania. Tapi biasalah kan, bilik anak dara tak sah kalau takde soft toys. hihi...


Ni pulak ruangan favourite dia. Tempat segala toys and koleksi peribadi dia yang memang tak kasi orang lain sentuh. Siap ada potret frame tau. Hehehe...

 Yang kat dinding tu pulak semua lukisan yang papa lukis dan setiap satunya akan dia tampal. Ikutkan memang serabut tapi untuk bagi dia selesa ngan bilik ni kitorang biarkan je dulu.

Even tak banyak perubahan yang kitorang buat tapi sekurang-kurangnya semua dalam keadaan tersusun, tak bersepah sana  sini. Untuk setakat ni, rasanya dah memadai kot as a start. 

Hopefully sangat my little Rania happy with her new look of her room. Penat dah mummy and papa buat sayang.. 


So next project untuk bilik my little Rania ni, nak tukar langsir bagi nampak lebih 'gurly'and buat 'wallpaper'. Rasenya dah cukup setakat tu sebab plan for 2015 nak transform living room plak.. Nak beli  and dining table.. Hopefullyla kesampaian. Aamin..  





Wednesday, 11 February 2015

Part 5 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

Dah nak masuk 35 weeks ni sibukla nak buat list kan. Manelah tau kot2 ada barang yang tertinggal or terlepas pandang so sempatla nak cari lagi.. List ni pun amik mix and match dari blogger2 lain sebab tetiba rase tak tau plak apa yg takde dan apa yang tak cukup. teheeeee

Kalau ikut kan tak banyak lagi aku nak kene beli.. Sebab everything are almost done. Tapi takula kalau tetiba ada barang penting yang terlepas pandang. List ni pun aku copy dari one of blogger favourite aku yang mana merupakan tempat rujukan maya aku: Aku Bukan Bidadari


Pakaian Baby Dalam Pantang


  1. Set baju tido - baru sepasang, kena cari lagi ni
  2. Set baju siang - baru sepasang, kena cari lagi ni
  3. Romper - Done (ada 6 pasang sudah)
  4. Mitten & Booties - Done (Kakak Nia punya banyak so beli satu set je dulu)
  5. Tuala kecik - Done (ehsan daripada Tok Ummi ayang banyak koleksi towl kecik)
  6. Tuala mandi - Done
  7. Bedung - Done (Kakak Nia punya)
  8. Barut - Done (Kakak Nia punya)
  9. 1 Set Napkin 


Toileteries 


  1. Bedak - Done
  2. Losyen - Done
  3. Shampoo - Done
  4. Shower - Done
  5. Baby Wipes - Done
  6. Cotton Bud - Done
  7. Diaper Rash Cream
  8. Minyak Telon - Done (nenek belikan kat kampung, sweet tau nenek kita :)
  9. Pampers
  10. Thermometer - Done (Kakak Nia punya)
  11. Changing Mat
  12. Toiletries Travel Set

Barang-barang keperluan lain


  1. Botol susu - Done
  2. Thermos 
  3. Botol air putih 
  4. Rocker - Done (Kakak Nia punya)
  5. Carseat - Done (Kakak Nia punya)
  6. Stroller 
  7. Penyidai Bulat with clipper - Done
  8. Penyidai Clipper - Done
  9. Baby cot -Done (Kakak Nia punya)
  10. Set Tilam - Done (Dah order, tunggu siap)


Barang-barang berpantang mummy


  1. Set berpantang NR - Done
  2. Kain Batik 2 helai - Done
  3. Stokin - Done
  4. Pad - Done
  5. Gamat Healin
  6. Disposable Panties


Breast feeding Journey 
Ini adalah azam aku untuk anak yang kedua  ni. Moga dipermudahkan dan diberi pelauang untuk aku breastfeed. Aamin.


  1. Breastpump - Looking forward untuk Spectra M1
  2. Reusable Ice Pack
  3. Storage Bottles
  4. Ziplock Storage Bag
  5. Cooler Bag
  6. Nursing Bra
  7. Washable Breastpads
Yang color-color merah tu semua yang tak ready lagi. Bila dah buat list baru perasan memang banyak lagi yang aku tak ready. Plannya nak shopping time CNY. Hopefullyla sempatkan. 

Untuk Stroller masih dalam dilema, whether to choose tandem or single since that Little kakak still nak duduk dalam stroller especially bila kat shopping mall.. Tengah buat timbang tara  to make sure that we're doing the right choice.


Tuesday, 10 February 2015

Part 4 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

I had my 32 weeks check up last 2 weeks. Healthy and active, sampaikan nak buat 3D pun xberapa nak berjaya. Yang dapat pun sisi tepi je. Mummy, Papa & ur little Kakak 'RedhA'.. But the most important part the baby is doing fine. Keeps on dancing and moving happily on my tummy. Alhamdulillah.

I will have to start seeing the doctor twice a month now even dah skip for this week's appointment. Teheee..  Ampun ye baby, mummy lots of thing to settle in the office. Next week kita gi jumpa Doctor ye.  For nows on the due is getting nearer, 45 days to go! Doakan semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang.. Aamin.



I'm 32 weeks 

Friday, 9 January 2015

Happy Birthday to me

Alhamdulillah...

Guessing my age? I'm 32 years old and still counting.. 29 weeks of pregnancy and expecting my 2nd child in this coming March. Pray the best on my health condition plus the expecting child too for the year 2015

Thank you Allah for giving me another year of life.
Thank you hubby Hafize Badri for the gifts and thought 
Thank you for all the people who remembered by birthday by sending me good wishes and prayers 

Thank you for all the experience for the past year
For times of success which will always be thoughtful memories
For times of failure which reminded me of my own weakness and my need for you
For times of joy when the sun was shining
For times of sadness which drove me to you

Help me in the days ahead to make this the best year yet and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones
Aamin


















Note: Lama giler xdapar surprise. Malu-malu kucing ler plak.. 

Wednesday, 10 December 2014

Part 2 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

Alhamdulillah dah nak penghujung 2nd trimester. I am 25 weeks pregnant 




Ramai yang kata bila mengandung anak kedua dan seterusnya perasaan mengandung tu tak se "excited" macam anak pertama. Iye ke? Xdelah macam tu kan, takkan nak jadi bias untuk anak sendiri. Yang sebenar2nya, perasaan kita terutamanya dalam tahap kesabaran untuk mengetahui sesuatu yang dikandung itu adalah terkawal. Kalau yang pertama dulu sibuk asyik nak scan je, kali ni berkurangla sikit. kalu dulu tak menyempat2 nak pergi check-up kali ni lebih teratur jadualnya. Yang lain2 tu rasenya sama je excitednya. Macam sekarang ni, aku rasa check up sebulan sekali pun dah cukup. Takdelah sampai tak sabar. Maybe sebab masa 1st baby kita dah tau kan macam mana pengalaman and progress baby dari semasa ke semasa :) 

Antara perkembangan untuk baik untuk 2nd trimester ni:


  1. Mual dan Muntah Mula Hilang Bila dah masuk 2nd Trimester ni, keselesaan mula terasa. Mual & muntah boleh dikatakan takde kalau ter'overload' or ada benda yang trigger to that point.
  2. Merancang Percutian - Mood bertambah baik sebab mula selesa dengan keadaan badan sendiri. So jom plan untuk cuti sementara larat ni. Kalau dah masuk 3rd trimester lain pulak ceritanya nanti kann..  
  3. Merasai Pergerakan si Kecik - Perkara paling seronok bila masuk 2nd trimester ni bila kita dah mula rasa gerakan2 si Kecik tu dalam tummy kita. Rasa teruja yang amat sangat, Ya Ampun, Allah je yang tahu betapa bahagianya perasaanku ini.. Wahhh terover makkk.. huhuhu

Bila dah nak masuk 6 bulan ni ramai yang mula bertanya baby boy ke girl? Sebenarnya kitorang pun masih dalam kesamaran sebab masa scan hari tu gynae kata '0'. Apa tu eh maksudnya? Klu ikut pengalaman masa anak pertama dulu, '0' tu maknanya perempuan. Sebab takde nampak apa-apa. Kalau ikutkan kitorang berharap sangatlah dapat boy sebab bolehla tutup kedai.. Tapi kalau dah gini gamaknya, kilang kena teruskan operasilah.. kui kui kui.. 

Oleh disebabkan kitorang tak yakin lagi jantina baby so nafsu membeli agak terkawal. Ikutkan mau berbakul2 dah bershopping, maklumlah tengah Y.E.S kan.. Banyak diskaun sana-sana. Apapun, kami hanya harapkan yang terbaik dan kesempurnaan untuk mummy and baby.. Aamin..

Wednesday, 1 October 2014

Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

I'm pregnant.. Yes, I'm pregnant again for my 2nd time.. 

Lepas umur Rania masuk 4 tahun,  I keep on asking my husband to try to get our 2nd baby. Dia cuma senyum-senyum and tanya, "Awak dah ready ke?". Dan saya, dengan seriousnya kata, "Yes, I'm ready" :)

Come end of July, lebih kurang seminggu nak raya hati ni gatal nak buat pregnancy test. Kalau korang nak tau aku saja je nak buat test ni. Ikutkan belum lewat pun time periodnya, masih ada 5 hari lagi tapi sebab hati tu dah rasa lain tu yang buat test jugak. Terus singgah farmasi dan beli pregnancy test. Dan buat test. Dan naik la double line. Feeling? Mixed feeling. Happy ada, sedih pun ada. Snap pic, and whatsapp to my dear husband. Tarikh yang memang takkan dapat dilupakan 23 July 2014! Tak lama lepas tu, perasaan bertukar excited sangat! Begitulah beberapa hari dengan perasaan yang bercampur baur. 

Dalam pada waktu yang sama, timbul rasa kasih yang teramat sangat pada my one and only Rania. Kesian jugak kat dia yang dah nak jadi kakak. Kalau diikutkan, belum puas rasanya masa yang kami peruntukkan untuk dia. Rasa cepat sangat masa berlalu even dah lebih 4 tahun. Dengan ini secara automatiknya tempat 'Exclusive', 'the one and only' dan status 'anak tunggal' untuk Rania akan terkubur. Tapi nak buat macam mana kan, itulah kehidupan. Nanti kalau takde adik pun kesian juga, keseorangan lah dia sampai bila-bila. 


My one and only.. Mummy sayaaaang Nia 
Masa Rania dulu, perut aku besar yang amat. Ni dah masuk 4 bulan pun masih OK. Berat badan pun takdelah naik mencanak-canak.. Kalau dulu baru masuk 3 bulan, 12 kg aku naik tp sekarang ni masih di tahap yang terkawal. Bercakap pasal selera makan pulak, kalau dulu lebih mudah dan simple, tak banyak kerenahnya tapi kali ni lebih memilih. Setakat ni dah hampit 3 bulan tak boleh nak makan nasi campur. Ayam dan daging semuanya tolak tepi. bukan tu saja makanan yang berkuah memang tak lalu.. 

Berkenaan dengan diri pulak, kalau dulu sihat sejahtera, segar bugar tapi kali ni sering dan mudah diserang penyakit. malam-malam tu kalau pukul 9.30 je mulalah menguap-nguap. badan ni rasa malas je. Masak-memasak jangan ceritalah, memang takdenya. kalau bercakap pasal berbeza, memang sangat berbeza.. Harap-harap jantinanya pun berbezalah kan .. (tarik muka senyum, sambil berdoa dalam hati. Ameen...). Ikutkan, takdelah merancang apa sangat pun tapi sejak kami decide nak tambah satu lagi,memang aku selalu doa lepas solat supaya anak kedua ni boy. Tapi kalau rezeki tidak berpihak pada kami, kami tetap redha sebab yang paling penting anak yang bakal lahir tu nanti cukup sifatnya dan sihat tubuh badannya.. Tak gitu?? 

Tapi tulah kan,setiap anak pengalaman lain-lain..Aku dan suami hanya mampu berdoa.. Alah yang menentukan segalanya.. Ameen..



Thursday, 7 August 2014

Rania Turns 4

Dear little Rania a.k.a. my one and only Princess...

Have we told you before that we are the proudest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the happiest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the most satisfied parents in the whole world?


And, have we told you before that you are the best daughter in the whole world?


If there are no in one of the answers, please remind us darling since you're A.L.L of above 





Goodies for the kids since kali ni buat kat sekolah. Requested by her :)

              

The celebration was happenned at her school and it was requested by her. Since the post is considered as 'Basi' so lets the pictures talk. 












Note: This is an abandoned post. She was celebrating her 4 years old birthday on 28.06.2014. But mummy was too busy for Ramadhan which was the 2 days after.. So hope you guys enjoy the pictures. 

Cuti-cuti Malaysia...

Assalam wahai diari... Ampun dan maaf ye, dah berkurun tiada post. Mood 'M' melanda diriku dalam keadaan yang teramatla tebal.. kui kui kui.. 
To start back the journey, moh ler kita start dengan cerita bercuti.. Yeayyyy..

Ni kiranya family vacation la.. Tahun lepas xde family vacation  sebab budget xde so tahun ni baru ber'Wang' sikit nak bawak diorang jalan-jalan. Yang pasti tercapai impian untuk bawak nenek naik kapal terbang .. 



Ni buktinya ye.. Nenek relax je muka.. Tak gayat and I think she's satisfied with the service. MAS kan.. Super puas hati.. First Class service you olsss.. 

Secara jujurnya, percutian ini lebih kepada gathering family. Tak banyak aktiviti yang kami buat kerana batasan yang ada. Al maklumla, bawak nenek, xkan ko nak panjat gunung kan.. Nak pergi Kampung Budaya pun dia tak larat so aktiviti lebih kepada bersantai-santai dan M.A.K.A.N... 

Hari Pertama: 4 Mei 2014
Makan-makan dan Jelajah Kubah Ria

Sampai2 kat Airport Kuching, Pak Supirnya udah nungguin ye.. And the journey start now.. Aktiviti pertama adalah M.A.K.A.N... ye.. Kami pergi ke Restoran yang Nana cadangkan untuk Makan Tengahari. Nama tak ingat la.. Klu dah ingat nanti, iols hupdate balik ye.. 
After makan kami terus menuju ke hotel for check in..  Kitorang stay kat Grand Margherita for the whole trip. Senang tengah-tengah bandar and near to all attraction yang ada. 

Since we are arrived on Saturday, kami tidak melepaskan peluang untuk ke Kubah Ria which is the new place yang menggantikan Pasar Satok yang dahulu. Tapi kalau ikut kata my husband, Pasar yang c=dulu lebih meriahnya berbanding yang sekaramg. kami sekadar pusing2 dan beli souvenir sikit untuk diri sendiri ye.. Then yang selebihnya, kami just duduk relax &  M.A.K.A.N.. hehehe

Hari Kedua: 5 Mei 2014
Jelajah Serikin & Jong's Crocodile Farm Kuching 

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia yang mana termasuk didalam senarai tempat yang perlu dilawati andainya kita sampai Kuching. Ianya sejauh kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching dan mengambil masa 1 1/2 jam untuk sampai. Kami bertolak dari hotel dalam pukul 7.30 dan sampai di sana hampir pukul 9. Ya Ampun, ingatkan awal dah, rupanya matahari dah tegak berdiri.. Kebetulan kami sekeluarga memakai baju warna hitam so bayangkanla betapa bahangnya kami rase.. 


Shopping is like heaven for muslimah attire even ada yang lebih murah dari Indonesia. Terdapat pelbagai pilihan telekung dan dan barang perhiasan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan. Kalau nak shopping langsir ini pun adalah tempatnya.. Dengan harganya yang sangat murah, kualiti kain yang baik aku pasti ramai yang akan ter'jebak' membelinya.. Termasukla aku... Selain itu, barangan kraf tanganjuga terdapat di sini dan dihasilkan dalam bentuk yang amat kreatif. Boleh menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Kalau nak belilah kann.. 
Maaf ye entry kali ni tak banyak gambar sebab terlalu panas.. Rasa nak jalan laju-laju je biar cepat habis me'round'.. 

Lebih kurang pukul 11.30pagi, kami bergerak menuju ke Jong's Crocodile Farm. Dalam perjalanan ke sana kami sempat berposing kat monumen Bau ni..Panasnya cuaca memang jdn cakapla.. Tapi kugagahkan jua.. hehehe..



Selesai bergambar kami lunch dulu. Perut dah lapar, badan pun dah penat so kenalh recharge kan.. Gambar xamik, sebab letihkan. habis makan, baru kami bergerak terus ke Jong's Crocodile Farm. Ada apa kat sane?? Of coursela buaya kan.. Katanya dah Taman Buaya, mestilah ada buaya. Macam-macam jenis ada, besar-besar belaka.. Eiiiii, ai tatutttt.. 



Gambar buaya takde. Malas nak amik sebab penat melayan celoteh si Rania tu.. Banyak benar nanyenya, sampai nk snap picture pun takde masa.. hehehe

After Jong's Crocodile Farm, kami terus balik hotel and activiti bebas. Malam pulak akmi makan di Top Spot layan seafood murah.. 

Ni lah Top Spot tu ye.. Gambar tak amik so ehsan dari en. Google ye

Ni no. Gerai pilihan kami. Most of the Malay bloggers recommended this stall.
Gambar ehsan dari en. Google ye



Sekitar Top Spot. 
Gambar ehsan dari en. Google ye
Gambar makanan pun takde. Tak sempat nak amik sebab lapar.. hehehe
Ni je pic yang ada. Si kecik ni je yang sibuk bergambar, kami memang tak larat dah..


Hari Ketiga: 6 Mei 2014
Muzium Kuching & Leisure Time

Muzium Kuching ni memang purposely nak memenuhi impian si kecik tu.. Jangan tak tahu ye Rania is a 'CAT LOVER". Cuma mummy & papanya tak sanggup nak membela. Kang nak berangkut kesana kesini mau jenuh kami berdua. Lebih-lebih lagi kalau dia requeste nak bawak balik kampung.. Haru jadinya.

Muzium ni terletak dalam Majlis Perbandaran Kuching. Sebelum masuk tu kami anak beranak sudah membayangkan yang kami akan melihat pelbagai spesis kucing dari seantero dunia.. Yang pastinya Rania pastinya super-duper gembira. 




Ya Ampun, bila kami masuk jangankan anak kucing, sejenis spesis yang bernyawa pun takde. Kami hanya dipamerkan dengan kucing-kucing batu dan tembikar.. huhuhu.. Nak amik gama=bar pun tak berbaloi. baik google je lah.. 


Mummy, Papa & baby kucing

Mummy & baby kucing at entrance

Baby kucing yang super excited

Baby kucing yang 'D.I.V.A'
Rasanya, cukuplah setakat ni saja entry kali ni. nak upload pun ambil masa berbulan-bulan. So nantikan update yang seterusnya ya. Kita tengok cite apa plak.. 

Happy Reading