Monday, 5 August 2013

S E L A M A T H A R I R A Y A

Diam tak diam, sedar tak sedar hari ni dah 27 Ramadhan. Nak update untuk segala shopping raya langsung tak berkesempatan. Kira oklah kan atleast ada gak entry dari xde terus.. hehehe

Bulan puasa ni sume benda jadi xdan. Terkejar sane, terkejar sini. Mana nak masak buka, kemas umah, tido awal yang xberapa awal, bangun untuk masak sahur & pegi keje lagi. Plan nak cuti satu pun xjadi sebab cuti raya dah teroverla lama.. I cuti 13 hari uolsss termasuk sabtu ahad..  Inilah cuti pailng lama klu xamik kira berpantang dulu.. huhuhu

Ok, cut to the story, nak wish SELAMAT HARI RAYA. Kalaula ada antara coretan saya yang menyakitkan hati saya mohon ampun & maaf ye.
Bagi yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya..

Friday, 19 July 2013

Menu for Iftar

Bulan-bulan Ramadhan ni apalagi yang seronok dibincangkan selain baju raya of coursela menu berbuka. Klu kat office tuh sibuk ber sok sek sana bersok sek sini nak tanye buka apa. Bukan saja nak kepoh tapi ye kengkawan tapi to get the ideas dan senangla nak plan menu nanti.. Al-maklumla, time2 nilah semua kaum wanita, para isteri, para ibu beramai-ramai kumpul pahala memasak untuk suami, anak-anak dan juga keluarga. Benda ni tak terkecuali dengan aku yang tetiba jadi rajin dan ala-ala pakar gitu :)

Target tahun ni is #freefromparam. Rasenya semua tau dah PARAM tu apa kan.. Bagi yang tak tahu itu adalah singkatan untu Pasar Ramadhan. Tapi aku terkucil gak tapi makanan asas tetap masak. Kalau beli pun kuih-muih nagn air je.

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 10 ramadhan. Cepatnya masa berlalu kan. Mana tak cepat, even balik kerja awal, hari2 macam lipas kudung memasak. Untuk buka & sometime tu untuk sahur pulak.

Untuk semua yang masih tercari2 idea nak masak apa, jom layan menu2 berbuka dari 1 Ramadhan sampai 9 Ramadhan.


Mutton Wrap for Iftar #day1 #Ramadhan2013
Kari Ikan Tenggiri for Iftar #day2 #Ramadhan2013


Nasi Goreng Kampung Style for Iftar #day3 #Ramadhan2013
Nasi Minyak for Iftar #day4 #Ramadhan2013


Bazaar Ramadhan Menu for Iftar #day5 #Ramadhan2013

Tomyam Telur puyuh, Ayam Kicap & Udang Goreng Kunyit for Iftar #day6 #Ramadhan2013

Thai food for Iftar #day7 #Ramadhan2013 #requestbyayah

Mee Kari for Iftar #day8 #Ramadhan2013

Simple dishes for Iftar #day9 #Ramadhan2013


Dah layan so harap-harap berguna untuk idea menu korang ye..

Next update we go for raya shoppimg... yeayyyyyy

Ehsan from Mr. Google... 



Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan datang lagi

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau lagukan ..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridhwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridhwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

"Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"