Wednesday, 10 December 2014

Part 2 - Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

Alhamdulillah dah nak penghujung 2nd trimester. I am 25 weeks pregnant 




Ramai yang kata bila mengandung anak kedua dan seterusnya perasaan mengandung tu tak se "excited" macam anak pertama. Iye ke? Xdelah macam tu kan, takkan nak jadi bias untuk anak sendiri. Yang sebenar2nya, perasaan kita terutamanya dalam tahap kesabaran untuk mengetahui sesuatu yang dikandung itu adalah terkawal. Kalau yang pertama dulu sibuk asyik nak scan je, kali ni berkurangla sikit. kalu dulu tak menyempat2 nak pergi check-up kali ni lebih teratur jadualnya. Yang lain2 tu rasenya sama je excitednya. Macam sekarang ni, aku rasa check up sebulan sekali pun dah cukup. Takdelah sampai tak sabar. Maybe sebab masa 1st baby kita dah tau kan macam mana pengalaman and progress baby dari semasa ke semasa :) 

Antara perkembangan untuk baik untuk 2nd trimester ni:


  1. Mual dan Muntah Mula Hilang Bila dah masuk 2nd Trimester ni, keselesaan mula terasa. Mual & muntah boleh dikatakan takde kalau ter'overload' or ada benda yang trigger to that point.
  2. Merancang Percutian - Mood bertambah baik sebab mula selesa dengan keadaan badan sendiri. So jom plan untuk cuti sementara larat ni. Kalau dah masuk 3rd trimester lain pulak ceritanya nanti kann..  
  3. Merasai Pergerakan si Kecik - Perkara paling seronok bila masuk 2nd trimester ni bila kita dah mula rasa gerakan2 si Kecik tu dalam tummy kita. Rasa teruja yang amat sangat, Ya Ampun, Allah je yang tahu betapa bahagianya perasaanku ini.. Wahhh terover makkk.. huhuhu

Bila dah nak masuk 6 bulan ni ramai yang mula bertanya baby boy ke girl? Sebenarnya kitorang pun masih dalam kesamaran sebab masa scan hari tu gynae kata '0'. Apa tu eh maksudnya? Klu ikut pengalaman masa anak pertama dulu, '0' tu maknanya perempuan. Sebab takde nampak apa-apa. Kalau ikutkan kitorang berharap sangatlah dapat boy sebab bolehla tutup kedai.. Tapi kalau dah gini gamaknya, kilang kena teruskan operasilah.. kui kui kui.. 

Oleh disebabkan kitorang tak yakin lagi jantina baby so nafsu membeli agak terkawal. Ikutkan mau berbakul2 dah bershopping, maklumlah tengah Y.E.S kan.. Banyak diskaun sana-sana. Apapun, kami hanya harapkan yang terbaik dan kesempurnaan untuk mummy and baby.. Aamin..

Wednesday, 1 October 2014

Pregnancy Journal: 2nd Time Experience

I'm pregnant.. Yes, I'm pregnant again for my 2nd time.. 

Lepas umur Rania masuk 4 tahun,  I keep on asking my husband to try to get our 2nd baby. Dia cuma senyum-senyum and tanya, "Awak dah ready ke?". Dan saya, dengan seriousnya kata, "Yes, I'm ready" :)

Come end of July, lebih kurang seminggu nak raya hati ni gatal nak buat pregnancy test. Kalau korang nak tau aku saja je nak buat test ni. Ikutkan belum lewat pun time periodnya, masih ada 5 hari lagi tapi sebab hati tu dah rasa lain tu yang buat test jugak. Terus singgah farmasi dan beli pregnancy test. Dan buat test. Dan naik la double line. Feeling? Mixed feeling. Happy ada, sedih pun ada. Snap pic, and whatsapp to my dear husband. Tarikh yang memang takkan dapat dilupakan 23 July 2014! Tak lama lepas tu, perasaan bertukar excited sangat! Begitulah beberapa hari dengan perasaan yang bercampur baur. 

Dalam pada waktu yang sama, timbul rasa kasih yang teramat sangat pada my one and only Rania. Kesian jugak kat dia yang dah nak jadi kakak. Kalau diikutkan, belum puas rasanya masa yang kami peruntukkan untuk dia. Rasa cepat sangat masa berlalu even dah lebih 4 tahun. Dengan ini secara automatiknya tempat 'Exclusive', 'the one and only' dan status 'anak tunggal' untuk Rania akan terkubur. Tapi nak buat macam mana kan, itulah kehidupan. Nanti kalau takde adik pun kesian juga, keseorangan lah dia sampai bila-bila. 


My one and only.. Mummy sayaaaang Nia 
Masa Rania dulu, perut aku besar yang amat. Ni dah masuk 4 bulan pun masih OK. Berat badan pun takdelah naik mencanak-canak.. Kalau dulu baru masuk 3 bulan, 12 kg aku naik tp sekarang ni masih di tahap yang terkawal. Bercakap pasal selera makan pulak, kalau dulu lebih mudah dan simple, tak banyak kerenahnya tapi kali ni lebih memilih. Setakat ni dah hampit 3 bulan tak boleh nak makan nasi campur. Ayam dan daging semuanya tolak tepi. bukan tu saja makanan yang berkuah memang tak lalu.. 

Berkenaan dengan diri pulak, kalau dulu sihat sejahtera, segar bugar tapi kali ni sering dan mudah diserang penyakit. malam-malam tu kalau pukul 9.30 je mulalah menguap-nguap. badan ni rasa malas je. Masak-memasak jangan ceritalah, memang takdenya. kalau bercakap pasal berbeza, memang sangat berbeza.. Harap-harap jantinanya pun berbezalah kan .. (tarik muka senyum, sambil berdoa dalam hati. Ameen...). Ikutkan, takdelah merancang apa sangat pun tapi sejak kami decide nak tambah satu lagi,memang aku selalu doa lepas solat supaya anak kedua ni boy. Tapi kalau rezeki tidak berpihak pada kami, kami tetap redha sebab yang paling penting anak yang bakal lahir tu nanti cukup sifatnya dan sihat tubuh badannya.. Tak gitu?? 

Tapi tulah kan,setiap anak pengalaman lain-lain..Aku dan suami hanya mampu berdoa.. Alah yang menentukan segalanya.. Ameen..



Thursday, 7 August 2014

Rania Turns 4

Dear little Rania a.k.a. my one and only Princess...

Have we told you before that we are the proudest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the happiest parents in the whole world?


Have we told you before that we are the most satisfied parents in the whole world?


And, have we told you before that you are the best daughter in the whole world?


If there are no in one of the answers, please remind us darling since you're A.L.L of above 





Goodies for the kids since kali ni buat kat sekolah. Requested by her :)

              

The celebration was happenned at her school and it was requested by her. Since the post is considered as 'Basi' so lets the pictures talk. 












Note: This is an abandoned post. She was celebrating her 4 years old birthday on 28.06.2014. But mummy was too busy for Ramadhan which was the 2 days after.. So hope you guys enjoy the pictures.